Musim Pilihanraya datang lagi dan penduduk Malaysia yang cukup syarat mengundi perlu lakukan tanggungjawab memilih wakil yang akan bersuara untuk mereka di Dewan Undanagan Negeri dan Dewan Rakyat pada 5 Mei 2013 nanti. Tentu ada yang akan pilih calon yang mereka telah berkenan atau akan perkenan nanti. Masa dibsngku sekolah ramai yang telah membuat pilihan untuk melantik seseorang menjadi ketua atau AJK sesuatu kumpulan, apakah cara tuan/puan membuat pilihan? adakah cara itu paling tepat dan baik? Untuk tuan-tuan dan puan-puan yang belum tahu bagaimana nak buat pilihan terbaik boleh berpandukan kepada jujur, sihat dan usaha calon seperti yang diberikan dibawah.
1. Pilih calon jujur. Di zaman persekolahan kita lebih mudah mengetahui kejujuran seseorang kerana sekolah komuniti kecil dan calon yang hendak dipilih dikenali, di dalam pilihanraya calon mungkin baru dikenali selepas hari penamaan calon. Tugas mengetahui kejujuran seseorang calon menjadi lebih mencabar. Saya akan kaji seseorang calon yang bertanding itu dari segi kejujurannya dengan memerhatikan sendiri, bertanya kepada orang yang mengenalinya dan membaca dari sumber yang sahih mengenai kejujurannya. Biasalah kalau kita mendengar baik dan buruk, jujur dan licik seseorang calon- jangan pilih calon itu tetapi pilih calon yang baik tanpa buruk, jujur dan tiada muslihat. Wakil yang baik tapi ada muslihat kelak akan mengecewakan pengundi yang memilihnya. Hari ini bahan bacaan berlambak dan maklumat yang tepat, kurang tepat, banyak tak tepat dan palsu belaka pun ada, jadi kita kena berhati dan pastikan siapa yang menulis, media mana yang menerbit dan organisasi mana yang menaja penerbitannya. Jika pembaca kenal kejujuran penulis, media dan penaja maka tugas membuat keputusan jadi mudah, jika tidak kena semak dan cari maklumat mengenai mereka pula. Memang banyak tugas memilih orang yang akan mewakili kita dengan betul, tapi lakukanlah dengan sempurna supaya amanah yang kita pertanggungjawabkan tidak disia-siakan. Janganlah orang pilihan hanya menikmati elaun untuk tidur di Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat manakala sipengundi yang memilihnya tak dapat tidur kerana tidak diberi perhatian.
2. Pilih seorang yang sentiasa berusaha untuk kita yang diwakilinya. Kayu ukur untuk usaha ialah hasil dari usaha tersebut, namun harus diingat ada usaha yang hasilnya bukan dalam bentuk RM atau pembangunan fizikal sahaja. Seseorang yang menjadi calon melawan calon yang terpilih penggal lalu memang tidak ada hasil usaha untuk dinilai, maka pemilih perlu menilai dari segi usaha lain yang dilakukan calon itu. Jika dia peniaga adakah perniagaannya sangat berjaya atas usaha jujur? Jika calon mengurus sesuatu jabatan adakan nampak jabatan itu berfungsi dengan sangat baik atau lebih baik dari jabatan lain kerana pengurusan yang cekap? Jika calon orang akademik telah terbuktikah calon itu berkaliber dan disanjung pelajar dan rakansejawatan? Sekali lagi pengundi perlu mendapat maklumat melalui pemerhatian, bertanya dan membaca, tentulah dari sumber yang layak, jangan hanya bertanya kepada penyokong calon itu sahaja, bertanyalah juga kepada orang yang ikhlas dan lama mengenali calon secara terperinci; inilah kaedah yang terbaik. Jangan nanti sampai calon yang tuan/puan pilih itu berusaha menambah kekayaannya sendiri sahaja, menjadi bilionaire selepas satu penggal manakala orang yang memilihnya masih ditakuk lama.
3. Sihat luar dan dalam, sihat jasmani dan sihat rohani. Tugas ini bertambah mudah dalam PRU13 ini kerana SPR hanya menerima bakal calon yang sihat mendaftar sebagai calon, namun adakalnya penyakit boleh timbul ketika YB sedang berkhidmat maka ini diluar kemampuan penilaian kita sebagai pengundi. Yang tak dapat ditapis oleh SPR ialah kesihatan pemikiran calon. Janganlah kita pilih calon yang ceramahnya semasa berkempen seperti samseng, cakap mereka ini menghasut dan mengapikan pengundi membenci lawan lengkap dengan bahasa dan isyarat lucah. Biarlah Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat kita di wakili oleh mereka yang berfikiran baik dan memelihara adab memimpin.
Semoga tuan-tuan dan puan puan memilih dengan baik dan negara Malaysia ini lebih baik dari 55 tahun yang lalu. Sekian tiga perkara penting untuk pertimbangan.
Tuesday, April 23, 2013
Saturday, April 6, 2013
POST RETIREMENT NEWS
1 March 2013 is my official retirement date. Now a retired servant, I do not have to worry about clock in/clock out from work. The first month was filled with family duties since MIL passed away 2 days before my retirement. There there was quite a lot of chores to fill up my time, then there were also matters pertaining to retirement needing immediate attention, travelling to Shah Alam and Putrajaya (Malaysia administrative capital) among the compulsory destinations.
Now the dust has settled, I am getting the real bliss of retirement. Alhamdulillah (Thank you Allah).
Next comes plans on what to do. My options are still open but for the next few months I will be quite freelancing on odd businesses here and there. Today I went to the family rubber plantation to clear the wild plants from the terraces. Then there is 1 PhD proposal for editing to fill up this weekend. Monday will see me travelling to Putrajaya again to submit a form for my other half.
After the rubber plantation work I spent some time at a friend's piece of resort plot (sort of maybe) took a bath at the cool stream in his plot.
Now the dust has settled, I am getting the real bliss of retirement. Alhamdulillah (Thank you Allah).
Next comes plans on what to do. My options are still open but for the next few months I will be quite freelancing on odd businesses here and there. Today I went to the family rubber plantation to clear the wild plants from the terraces. Then there is 1 PhD proposal for editing to fill up this weekend. Monday will see me travelling to Putrajaya again to submit a form for my other half.
After the rubber plantation work I spent some time at a friend's piece of resort plot (sort of maybe) took a bath at the cool stream in his plot.
The water is so clear that I could see the little fishes swimming away from me. this friend is a teacher together with me in Sekolah Datok Dol Said, Alor Gajah from 1991 until 1994. He intends to make this plot as a holiday home in the future, as for now only close relatives and friends go there once in a while.
The water really refreshed my tired limbs and body, very cool and naturally fresh from the top of a nearby mountain, and the natural environment adds freshness to the natural sculpture.
And the shade from the greenery really cools the body and mind, see this picture of the shady bamboo and plants.
I do not remember the amount my friend paid for this little peaceful haven, but if only there is a horse or two to keep the place more trodden upon.
WELCOME TO KENDONG, anyone?
Subscribe to:
Posts (Atom)