Salam. Apa khabar. Hi!

Sekali sekali perlu menulis perkara yang terlintas di minda
There are times you must write what crossed the mind

Wednesday, June 20, 2012

PhD

Terfikir juga nak tamatkan pengajian hingga PhD. Singkatan iini mempunyai tafsiran yang berbentuk negatif juga selain maksud sebenar ijazah doktor falsafah atau  'Doctor of Philosophy' mengikut bahasa asalnya. Ada disebut juga 'permanent head damage' dan ada juga 'Pengejar hasad Dengki' - mungkin segelintir sahaja yang begitu, tetapi kerana ada berlaku maka diperkata dan diperbesar-besarkan kisahnya.

Berbalik kepada persolan nak mengaji lagi; terfikir juga ekonomiknya; bagaimana dengan ROI pelaburan belajar tu nanti? Ditahap ini mestikah kita menjadi materialis lagi, memikirkan untung rugi dari segi material dan pulangan wang ringgit yang dilaburkan?

Tak perlu jawapan soalan ini rupanya. Biarkan sahaja ia tergantung.

No comments:

Post a Comment